Kuroi KENSHIN
KUROI KENSHIN
HTTP://FARANYMBOBOIBOY.BLOGSPOT.COM
posted by Fara_nym | Hyoukurona Wednesday, 26 November 2014 @3:08 am 4 comments
Azam 2013-2014 Fara di SMK Cyberjaya
Assalamualaikum...
konbanwa , minna~

ok start balik (^^ ')\ Kali ni maybe MAYBE no BI sebab ntah la. xD

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dah pukul 10:43 PM dah. Lagi 12 minit lagi Cite Golden Time. Ceyhh macam la selalu Fara tengok on time. Tak pernah pun. Record je then esok tengok lah...Sekarang ni pon tengah cari soundtrack yang lebut-lembut dai anime bleach untuk Journal Fara yang Fara's nikki tu.

Aik? kenapa tajuk tu pelik sangat. Bagi Fara Idea tengah gila gila gila gila kering tak tau nak buat tajuk apa. So jangan tanya dah. Hari ni Hari kedua Fara siapkan mural Fara kat sekolah. Yeh itu salah satu impian atau azam yang Fara buat masa akhir tahun 2013.

ni hari pertama. Semalam lah (24/11/14)




Fara tau Fara pendek tapi demi keinginan untuk mencapai impian (ceyhh ayat tak boleh formal lagi ke? ) Fara tetap usaha lukis sampai atas. Walaupon panjat kerusi tetap kena jengket lukis. Ahaha tu pon tak sampai siap sampai kena pengang hujung pensil untuk lukis.



then start warna kat bahagian daun bentuk love. Mula-mula colour dia punya base then baru buat tone / tona kat daun tu. Ok ni memang susah sebab Ni first time Fara buat mural SENDIRI so memang tadak siapa tolong. Yang ada pon budak-budak junior form 2 je tolong colourkan base tp sikit. Overall Fara lah yang buat.

Untuk hari yang kedua , hari ni lah (25/11/14)






Fara siapkan Semua base + tona + signature kat mural tu.. Hehe of course la kena letak . Tapi terima kasib banyak banyak banyak banyak yang tak terhingga kat adik-adik form 2 yang tolong akak siapkan base hari ni kalau tak memang tak sip sebab hari ni hari last Fara siapkan mural tu. Esok Fara dengan lusa dah tak boleh datang sebab ada camp kat masjid. Dah siap tu base tinggal tona je. Sampai situ Fara sorang balik sebab keje adik-adik ni dah siap.




Dan ini lah hasil yang tak seberapa Fara.


**gambar belah kari ni nampak buruk pelek tak berapa cantik sebab ada backlight

 At lease ini menunjukkan Fara pernah jejak& menelaah ilmu kat sini. Tahun depan memang ibu dengan  abah kalau boleh nak Fara masuk asrama so maybe Fara akan rindu SMKC ni. Banyak kenangan mahupun syok-syok gembira dengan cikgu-cikgu macam cikgu yang pling rapat dengan Fara kat skolah sejak form 1 Cikgu Norliza, cikgu pusat sumber (of course lah~) , Cikgu azizah , Cikgu Zaila... dan ramai lagi. Kenangan pahit pun ada mostly dengan kawan-kawan yang bergurau. Yeah memang sakit hati tai nanti lama-lama benda tu jadi satu kenangan yang lawak bila difikirkan balik (^^ ')\

Azam kedua Fara yang Fara nak sangan jadi salah seorang daripada sidang redaksi cyberians (majalah sekolah) Tapi apa-apa pun Fara tak kisah. Fara memang nak dari tahun lepas lagi. Tapi walaupun tak jadi ,Alhamdulillah sekolah ada buat pertandingan Design kulit majalah sekolah , Cyberians 2014. Fara dapat tahun ni and tada..


Nama ku sudah puns tercetak di situ. Masa majalah sekolah sampai tu, macam-macam komen la dari pelajar yang Fara dengar time tengah hantar majalah- majalah tu kat setiap kelas. Dah siap hantar tu masuk kelas pun sama jugak. Sampai ada yang kata tu design paling buruk . Mula-mula rasa marah rasa nak tengking je. Tapi Fara bukan orang yang macam tu, Fara senyap je then terus duduk belek-belek majalah tu. Ada yang kata lawa gila sebab warna dia tak suram/ simple sangat macam majalah yang sebelum ni. Fara buat pun rujuk majalah skolah yang lama-lama jugak. Ada yang cantik macam majalah 2011 & 2012 . Itu ilham untuk majalah tahun ni.  Apa-apa pun terima kasih kat Cikgu yang bagi support kat Fara, Cikgu Noraini, nakama.. Arina, Tisha, Ain, Intan , Dyna, Hanis :')

Azam terakhir...dapat harumkan nama skolah dengan Keputusan PT3 tahun  ni huhuh inshaAllah

ok dah penat memerah otak untuk menaip kata-kata yang gramatis cerita pasal ni. Ada idea datang tiba-tiba lepastu lupa, hilang macam tu je. Hahaha~

ok lah nak sambung edit.
Mata ne, Oyasumi nasai minna.
Assalamualaikum.

Labels: ,


FARANYM | HYOUKURONA 2017