Monday, 6 March 2017

Musim agaknya....

Assalamualaikum....
Konbanwaa...

Hisashiburi da. Fara ni. Dah lama sangat tak update rasa..sebab apa? Well Musim kot sebab almost 2 minggu dah dok kat rumah demam batuk-batuk. Tak larat nak pangang PC ni. 2 hari dalam 2  minggu ni Fara sihat sikit, boleh lah...nk update sikit. Fara ada banyak sangat benda nak upload masuk blog ni tapi tak larat.  So apa yang Fara boleh kongsikan kali ni...

just, satu bende je.


ni, portrait Fara tengah buat. Ni cikgu BM Fara masa kat Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar (STTJ/ TJTI or watever lah). Fara buat ni sebab budak kelas cadang nak bagi hadiah time amek result SPM nanti. Fara lukiskan je. Dorang belikan Frame. Gerun bhai lagi 10 Hari.. 16 Mac ni result SPM keluar :S

Mula-mula tanak buat sebab Fara honestly dah lebih 3 tahun x buat serious portrait. Lagi pun Fara ni self-taught artist. Blajar pun kat skolah teknikal, ambil lukisan kejuruteraan. Sedangkan sebenarnya nak ambil graphic design sambung blajar nanti. Memang obviously lah salah Fara sebab salah ambil time form 4. Electrical studies. Fara ada juga pay visit kat sekolah lama Fara, SMK Cyberjaya, jumpa cikgu-cikgu yang Fara rapat. Salah sorang tu cikgu seni lah. Fara pun promote kat cikgu , Cakap la suma button badge ni ngan poster-poster tu Fara yang buat. Cikgu kata baguslah then tanya, nanti nak sambung blajar apa kalau dah minat benda-benda gini. Fara just gelak je and cakap blahblah blah kat atas tu., Pastu cikgu kerut dahi, cakap lah kenapa Fara tak blajar basic fine art kat skolah biasa..

Welp as you can see Dah terlambat. Masa form 4 dulu Fara sempat blajar seminggu je then minggu depan pindah sekolah baru. Tapi Fara tak menyesal sangat ada blajar Lukisan kejuruteraan kat sana. Peluang nak ambil architecture la ..InshaAllah. Fara dah bincang habis-habis dengan Abah ngan Kak Long minggu lepas. Alhamdulillah Fara dah ready nak pilih. Oho. Panjang la pulak ahaha Harap korang tak kisah baca.

Fara pun harap kalau ada apa-apa opinion daripada reader-reader yang dah melangkah ke alam Universiti sana tu bagi lah pandangan sikit. Oho..

sore ja, Fara nak sambung tengok anime and tido.
Ibu kata badn Fara tak cukup rehat.
well Fara rasa cam asyik wat keje then tido. bende tu berulang setiap hari. aihhh

oh ya dun worry visitors, Fara selalu check CBOX jangan risau...



Assalamualaikum...

No comments:

Post a Comment

Finish already?
Do comment my post after reading , dear.
but please one more thing. No unknown. No harsh word.
I will delete unknown comment. Serious talk.